Nov 24

Suatu Kepastian Kematian!

Setiap benda yang hidup pasti akan mati  tidak hari ini, ESOK! Tidak esok, lusa, minggu depan, bulan hadapan, kapanpun saat itu, ia adalah sesuatu yang pasti tiba, KEMATIAN!

 

Saya selalu memperingatkan para Jemaah di mana-mana tempat saya memberi kuliah marghrib, “jangan hidup macam tiada mati!”. Kata-kata inilah yang akan selalu saya ulangi untuk peringatan kepada para Jemaah dan untuk diri saya juga yang pasti akan meninggalkan dunia ini nanti!

Continue reading

Oct 26

Berikanlah aku cinta

Alhamdulillah Ya Rabb…! tika aku duka kau hadirkan permata untuk menerangi hatiku ini.. Kau berikan ak kekuatan untuk terus mencintai agama-Mu dengan mata hatiku, agar aku tidak buta dalam melihat hidayah-Mu.

Ya Allah.. besarnya nikmat-Mu pada hamba-Mu yang hina ini…walaupun banyak kali ak berbuat maksiat kepada-Mu, tapi Engkau tidak pernah membuka aibku. Walaupun banyak aku lalai dari mengingati-Mu tapi Engkau tetap hadirkan dalam hidupku…

Adakalanya ak menangis…termangku sendiri… melihat amalku yang tidak seberapa byk ini…melihat kejahilan diriku ini…kehinaan pada hamba-Mu ini…tapi Kau berikan aku segala-galannya… tidak dapat untkku luahkan dengan penulisanku yg jelek ini. hatiku yang lama kering, kini dibasahi lagi…dicurahi air untuk terus aku basah mengingatiMu Ya Rabb…ampunilah segala dosa-dosa lampauku wahai Tuhan…

Continue reading

Oct 22

Soal jawab – pemakaian niqab @ purdah

Soalan : Pertanyaan perihal pemakaian niqab, tetapi masalah bersama rakan-rakan & larangan ibubapa. (telah diubah suai bagi memudahkan sesi soal jawab)

 

 

Kulasan saya : Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.Had muka adalah dari tempat tumbuh rambut (kebiasaannya) sehingga dibawah dagu dari segi panjang. Dari segi lebar adalah diantara dua cuping telinga.

Persoalan mengenai pemakian niqab ini adalah khilaf dalam pandangan kalangan pendapat ulamak. Bila perkara khilaf , maka perkara ini lebih TERBUKA. Nabi kata, ‘ khilaf adalah satu rahmat bagi umatku.’

 

Alhamdulillah… saudari duduk bersama Jemaah Islamiah.. yang mengamalkan cara hidup Islam. Dan dengan suasana tersebut, diri saudari di tarbiah dengan keadaan persekitaran, adapun yang hakiki inilah HIDAYAH Allah taala! Alhamdulillah! Continue reading

Sep 03

Ilmu facebook, copy & paste!

Ilmu perlu di cari tetapi mencarinya bukan sekadar membaca dan menerima. tapi perlukan kepada guru yang bertauliah! (memandangkan sekarang ini ramai sangat guru agama yang mengajar sesat pun..)

kengkadang saya hairan melihat masyarakat kita hari ini yang suka mengambil ilmu daripada facebook. ilmu yang diperoleh melalui copy & paste!

 

Disebabkan itulah muncul kenyataan bahawa belajar agama seorang diri dengan buku semata-mata tanpa bimbingan ulama/guru seumpama bergurukan syaitan (walaupun kebanyakkan ulama berpendapat kenyataan ini bukan hadis tetapi Ibnu Arabi di dalam kitabnya al-Futuhat al-Makiah berpendapat bahawa kenyataan ini adalah hadis dan disebut oleh kebanyakkan ulamak silam)

 

Kenyataan ini merujuk kepada mereka yang mempelajari ilmu agama melalui kitab-kitab agama, tapi tanpa GURU. Apatah lagi bagi golongan mereka yang belajar ilmu agama melalui facebook, ilmu copy & paste! yang kengkadang tidak di ketahui siapa penulisnya dan dari mana sumber kenyataannya.

tidak saya nafikan penulisan-penulisan yang memberi manfaat. cuma apa yang saya ingin tegaskan di sini, adalah untuk lebih BERHATI-HATI dalam mencari ilmu agama. Sampaikan bila keluar kenyataan ilmu, ‘kita’ terima bulat-bulat walhal kenyataan itu bercanggah dengan apa yang disebut oleh ulamak-ulamak. tapi kerana belajar dan membaca ilmu facebook, kengkadang kita sendiri menjadi konfius. lalu inilah yang merosakkan ilmu-ilmu agama dulu, kini dan selamanya!

Walaupun ‘belajar dengan syaitan’ ini didapati tidak sahih dari segi sanadnya tapi ia sahih dari segi maknanya bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka. Continue reading

Sep 02

Adab Beraya

Dah sekian lama blog ini menyepi lagi dari penulisan.. memandangkan saya kian sibuk dengan pelbagai urusan akhir-akhir ini, maka penulisan blog ini juga menjadi tergendala buat seketika!

Apapun, rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432h dan Selamat juga buat Mahasiswa/wi yang akan memulakan pertempuran di medan peperangan masing-masing nanti! Kita jupa lagi di sana!

Setelah beberapa hari saya keluar beraya bersama keluarga mahupun kawan, saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu yang mana ilmu ini sangat penting ketika musim perayaan.. Continue reading

Aug 26

Santau & Tanda-tandanya

 

(gambar hiasan semata-mata)

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas. Continue reading

Aug 23

Pemilik Sang Cintaku

” Illahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Ingin aku menangis, merintih, merayu cinta dariMu dan Rasul-Mu. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir perasaan fitrahku kepada seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hambaMu ini sangat lemah mendabaikan cintaMu. Ya Illahi, berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. illahi anta maksudi Wa ridoka matlubi, tuntutlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. A’tini Mahabbataka Wama’rifataka, aku serahkan hidup matiku hanya untukMu.”

Continue reading

Aug 22

Bahaya Wahabi

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat. Continue reading

Aug 16

5 Syarat Ibrahim Adham jika mahu buat maksiat

Setiap kali guruku mengajar, Syeikh Dr Abdul Manam Mohamad Al-Merbawi saya pasti akan meneliti setiap patah bibit-bibitnya, kata-kata yang setiap kali saya mendengarnya pasti mampu menjadi penawar buat hati ini. Dan sudah pasti, setiap kali saya menghadiri pembelajaran kuliahnya, setiap kali hati saya terdetik soalan yang hendak ditanya, setiap kali itu jugalah beliau akan menjawab dalam kuliahnya secara tidak langsung.

 

Subuh ini, guruku menceritakan perihal seorang hamba Allah yang hendak bertaubat lalu dijumpanya seorang ahli sufi yang terkenal ketika zaman itu, Sheikh Ibrahim bin Adham.

Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?” Continue reading